BumbleBee Rugby Club

Saturday, April 30, 2011

Tribute to Adesh

Kenangan KRS 2010

Kali ni ..saya dedicate posting blog saya untuk Adesh..

Ini versi nama glamer -

Always in the verge of killing the bees with his high level and killer fitness”

Dedicated coach to BUMBLEBEE with a great passion in rugby”

Encouraging mentor to BEE”

Supportive to each BEE and always making them as important as the other BEE”

Has always giving his best for BUMBLEBEE”

Ini versi nama betul -

Dedicated coach to BUMBLEBEE with a great passion in rugby”

Has a very great vision to bring BUMBLEBEE to a higher level of rugby”

Always in the verge of killing the bees with his high level and killer fitness”

Ready to be a friend and mentor to BEE”

Making sure that each BEE is always as important as the other BEE”

Always giving his best for BUMBLEBEE”

Saya kenal Adesh semasa saya menjadi Chef De Mission di KSSU 5 di MIMET tetapi sebelum itu memang saya dah dengar cerita dari BEES tentang dia. Daripada cerita-cerita yang saya dengar memang BEES amat menyanjungi Adesh. Pernah satu kali apabila saya bertanya dan jawapan yang diberi “Kami tidak boleh buat apa2 keputusan sehingga coach kami datang”. CDM pun kalah dengan jawapan yang sebegitu.

Itu pengorbanan yang pertama yang saya nampak – berada di Lumut pada hari bekerja dan memberi semangat kepada BEES.

Lanjutan pertemuan semasa season KRS 10 dan hinggalah semalam 30 April 2011 di padang rugby UiTM untuk season KRS 11- Pertemuan semi final BUMBLEBEE dengan BIB RAMA (sebenarnya bukan BIB RAMA tetapi KERIS CONLAY).

Setiap kali post mortem, saya belum pernah nampak Adesh menjerit atau memarahi player ..dalam kata lain he is not a sore loser – tetapi credibiliti dia sebagai coach harus BEES fahami dan hormati. Dimana-mana perlawanan atau pertemuan apa sahaja jenis permainan, nama coach akan di sebut dahulu. Banyak sifat-sifat Adesh yang saya kagumi. Pernah saya post dalam FB beritahu dia supaya dia lebih aggressive sebagai coach – (sebab panggil BEES turun training macam ajak kengkawan turun jer – rasanyer Syed (masa dia captain) dan Mag lagi ganas suruh turun training.) dia tidak reply tapi dia tunjuk aggressiveness dia dalam membimbing BUMBLEBEE.

Jadi kepada BEES, kalau kamu semua sayang dan hormat Adesh..next game atau tournament yang bakal kita masuk. Ingatlah kamu semua bukan sahaja membawa nama BUMBLEBEE iaitu kamu tetapi kamu bawa juga nama ADESH. Inilah penghormatan yang boleh BEES berikan pada Adesh di atas ilmu dan pergorbanan yang dia dah berikan.

Adesh, on behalf of BUMBLEBEE..I sincerely would like to apologize for not able to move forward as we what had hoped for – “the final” and would like to thanked you from the bottom of my heart for your sacrifice and personal committment in guiding BUMBLEBEE in KRS 11. Ini sahaja yang saya dan BEES mampu beri – UCAPAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH.

InysaAllah, with Adesh firm guidance BUMBLBEE will BUZZ with greater buzzing sound in KSSU 7 and other tournaments.

1 cheer for ……….ADESH!

Sunday, April 10, 2011

2 Ahad yang sungguh berbeza....


Kenapa boleh jadi 2 ahad yang berbeza walhal..cuma sedikit perubahan saja pada line up... persoalan yang bermain di fikiran saya ..MASIH TIDAK ADA KESERASIAN KE?

Ceritanya:

Semasa diBagan Lalang, memang terdapat perasaan cuak apabila bercakap tentang COUGARS terutama cerita yang mengatakan COUGARS mempunyai forward yang agak mantap, ada ex player itu dan ini!


Chronicles of 2 different Sundays

Isnin 28 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Selasa 29 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Rabu 30 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Khamis 31 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Jumaat 01 Apr - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Sabtu 02 Apr - mmm..tak sure sebab captain senyap....

Ahad 03, April 2011 - Bertolak dari Gombak pukol 2.30 dan sampai di MAS Kargo pukol 4.
BEES datang dengan full strength..walaupun ada yang tahu besar kemungkinan tidak akan main tapi sokongan padu dari a UNITED BEES sungguh mengharukan.

BEES masuk kepadang dengan semangat setiakawan, energy level yang 100%, penuh passion, confidence level yang tinggi, physical fitness yang mantap..selama BEES main..belum pernah nampak communication yang cukup baik dari semua, terutamanya forward ( mana datangnya BOLA B***). Walaupun ada kesilapan technical..Alhamdullillah, Lebah dianugerahkan jalan mudah untuk menjatuhkan MOUNTAIN LION dengan sengatan2 berbisa..38-12. Dan yang lebih penting tidak terdapat physical injuries yang teruk pada lebah..walaupun boleh dikategorikan injury Lan dan Wahid agak teruk jugak. ALHAMDULILLAH kami menang dan lan, wahid dan yang injured masih boleh berjalan lagi..

Selepas perjumpaan dengan COUGARS, memang diharapkan agar BEES maintain momentum untuk memperkasakan kedudukan bila bertemu BANDITS nanti.

Isnin - 4 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Selasa - 5 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Rabu - 6 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Khamis - 7 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Jumaat - 8 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Sabtu - 9 April - Tak hujan - saya kira sebab berada di padang jugak - 17 orang.

Ahad, 10 April 2011 - Bertolak dari Gombak pukol 2.45 petang dan sampai UKM pukol 3.45 petang. Full strength jugak. Alhamdullillah..a UNITED BEE. Yang datang dengan kereta pun ada dan ramai jugak supporters BEES yang datang.

Pada pandangan mata saya, macam boleh makan jer BANDITS ni, adakah saya yang terlalu confident? Saya rasa perlu untuk menjadi confident sebab I trust my BEES yang memang boleh deliver. Pukul 5.15 ref blow. 5.15-5.30 first 15 minutes yang sungguh sengsara. Apa dah jadi BEES?. Kenapa serba tak kena...kenapa tiada kerjasama..mana dia pergi semangat LEBAH?.. mana dia pergi janji untuk bersatu semasa di Bagan Lalang? Mana momentum semasa di MAS Kargo? Mana silap ni..salah catur ke? Tak mungkin..sedikit je perubahan line up. Takut dengan BANDITS ke? Banyaknya soalan2 dalam fikiran saya. Kenapa main pattern BANDITS..mana pattern LEBAH? BANDITS dapat 1st try.. tapi tak dapat buat conversion.. Second 15 minutes..BEES dapat 1 try dan Mie telah mencuba dengan baik..no conversion.

Mula ref blow wisel..memang dah nampak ref agak bias..pada persepsi saya..ref memang tidak cekap...patutnya KRS harus menyediakan ref yang berwibawa, berkecuali dan tidak lupa juga fit yang boleh berada di tempat untuk memastikan team yang mana patut win the ball.

2nd half bermula dengan agak baik jugak..terdapat confidence dan pattern play dah mula berubah..dan BANDITS masih di pattern play yang sama tetapi BANDITS dapat try ke 2 dan again no conversion. Pada masa yang sama pertukaran2 player untuk menguatkan momentum pattern play pun berhasil, BEES dapat try ke 2. Dan Mie telah membuat conversion yang baik. ALHAMDULILLAH..

Abar lari..Abar lari...Abar...(serious rasa macam cerita Forest Gump pulak..sampai budak BANDITS yang kejar Abar pun tergelak..Abar berpusing-pusing-itu boleh masuk BEES candid moments)

Pada pandangan saya, BEES banyak peluang..always winning the ball dan boleh buat try lagi tetapi kita banyak melakukan kesilapan sendiri yang memberi peluang pada BANDITS. Walaupun kita melakukan kesilapan, tapi masih dapat bertahan. Pada minit ke 10 terakhir baru nampak kembali momentum MAS Kargo..setiakawan, confidence, passion- lambatnya nak sampai momentum.

Pada wisel blow yang akhir - BEES 12 - BANDITS 10. Kemenangan yang sangat tipis.

But as the sayings goes...whatever it is..who control the game..who?..who?..the important thing is
at the end the winning team.

Akhir cerita saya..KESERASIAN ITU MEMANG ADA...CUMA KEKADANG KITA KEHILANGANNYA SEBENTAR..SELAGI KITA BERNAMA MANUSIA..NOTHING IS PERFECT BUT SATISFACTION CAN BE GUARANTEED.

Rugby is PASSION..
Winning is GUTS
Glory is SELF SATISFACTION

"ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE: A UNITED BUMBLEBEE"


1 cheer........BEEEZZZ...