BumbleBee Rugby Club

Monday, December 12, 2011

Tirai 2011 Bumblebee melabuhkan diri...









Kalendar Bumblebee 2011 :-

1. KRS 11
2.Official Outing Bagan Lalang 11
3.Friendlies
4.KSSU 11
5.Majlis Berbuka Puasa
6.MAS Close Invitation
7.Annual Hari Raya Gathering
8.UIA 10s
9.Excellent Achievers Award
10.Bumblebee Touch 5s
11.MASISWA 11 aka Uniten 10s

Kalau di imbas memang banyak aktiviti Bumblebee kecuali tahun 2011 tidak dapat beraksi dalam Jonah Jones 11 kerana waktu final exam. Blog kali ini, saya nak buat analisis aktiviti-aktiviti 2011.

KRS 2011 - Bermula dengan baik tetapi kecundang dengan HSKOBA dan BIB.
Mode : Pahit
KRS 2012: Training akan bermula pada 16 Januari 2012. Kepada BUMBLEBEE ALUMNI kedatangan untuk join training dan KRS 2012 amat dialu2kan. Nanti kita cuba set training weekend.

Official Outing 2011 - Semangat setiakawan, saling mengenali dan bersatu hati.
Mode : Manis sangat..
Official Outing 2012 - February/March 2012

Friendlies - Terima kasih pada BUMBLEEE Alumni
Mode : Terbaik
Friendlies - Kita buat lagi tahun depan 2012..insyaallah

KSSU 11 - Susah hendak di luahkan..semua elemen dan komponen sudah sebati menjadikan BUMBLEBEE KSSU 2011 yang terbaik. Bukan senang mengalahkan 7 team melainkan team ke 8.
Mode : Manis dan Pahit
KSSU 12 - Training bermula 16 Januari 2012

Majlis Berbuka Puasa 11 - Pertemuan Ahli Baru dan Lama
Mode : Kenyang
Majlis Berbuka Puasa 12 - Insyaallah

MAS Close Invitation 11 - Alamak...sudah terlupa apa yang berlaku..sebab satu pun tak menjadi..
Mode : Malas nak cerita
MAS Close Invitation 12 - Kalau ada dan di jemput.

Annual Hari Raya Gathering 11 - Pagi : Interfriendly - Naga Berapi muncul champ. Jahar dagu berjahit. Malam : Makan
Mode : Manis dan Kenyang
Annual Hari Raya Gathering 12 - Insyaallah..kali ni kita buat tempat lain dan best ...

UIA 10s 11 - Hmmphh...first time dalam sejarah ..tak bawak balik apa2..
Mode : Pahit dan kecewa
UIA 10s 12 - Pastikan luka lama tidak berdarah kembali.

Excellent Achievers Award 11 - Buat 2 tahun berturut turut - Sports Team Terbaik.
Ijam - Best Athelete, Syed - Best Alumni
Mode : Sangat Happy dan Bergambar sakan
Excellent Achievers Award 12 - Kita buat hattrick..bukan trick topi yea...

Bumblebee Touch 5s - Sambutan meriah dan menggalakkan dan team bertanding menunjukkan kehebatan masing2. Black Antz harap berjaga-jaga naga sakti, naga buncit, mak yong, khuruj, PES, anak ikan emas pasti akan bangkit.
Mode : Manis dan tahun depan kita buat ladies touch 7s jugak dan menubuhkan ladies team.
Bumblebee Touch 5s - Luaskan tournament

MASISWA aka Uniten 10s 11 - Speechless. Tidak terfikir kita akan final.
Mode : Sangat Manis dan Best Birthday Present untuk saya walaupun kecundang di final.
MASISWA aka Uniten 10s 12 - Insyaallah kalau dijemput kita pergi dan pastikan bawa lagu BMI.

Tahun 2011 membawa bermacam kenangan untuk BUMBLEBEE, terutamanya kepada Ijam - 2 award individu..Best Athelete BMI dan Pemain Terbaik Kejohanan Uniten 10s. 2011 juga agak malang bagi Mag kerana tidak dapat beraksi..tetapi insyaallah 2012 bakal dinanti. 2011 juga 2 kali BUMBLEBEE ke final. 2 kali juga kecundang.

Bercerita tentang final ni..apakah dan dimana kesilapan kita? Bermula saingan dengan baik tetapi bila menjejak kaki ke padang untuk final..habis semua tak kene. Adakah kita ni team semi final sahaja? Kemanakah pergi consistency kita? Adakah kita merasakan semi final itu umpama final dan final itu hanya sebagai added advantage?. Itu semua persoalan-persoalan yang harus kita nilai dan analisis untuk tahun 2012 (kalau tidak semua orang kene mandi air bunga pada bulan mengambang termasuk Adesh sekali!).

Akhir kata sebelum BUMBLEBEE melabuhkan tirai 2011..

1 cheer....BEEEESSSS...

Wednesday, November 9, 2011

bumblebee

Sudah lama tidak menulis...masa ada tapi tidak mencukupi...walaubagaimanapun..saya nak share dengan semua article yang saya tulis dan hantar ke UniKL BMI news buletin pada awal tahun 2010..selepas mengenali Bumblebee secara fulltime...selepas MIMET 2009.

"People always say that rugby is a gentleman’s game. It is so rough on the field, but, miraculously there is no fight among the players. They, the players battled it out with scrums, rucks, maul, which, at the end of the run will take out most their energy and that is why during the game if they are unhappy with the referee or opponents they would just say “ aaah..will get you in the next game mate”…

Rugby is not famously played like football in Malaysia. Although rugby and football do started at the same time here in Malaysia, not many youngsters are into rugby. It is probably because of the too many body contacts that could result to injury, but, in sports, injuries are unavoidable, however with enough exercises, training and good sportsmanship, injuries could be evaded.

I always wonder where does the word rugby comes from, I’ve searched the Internet (not fully searching) but to no avail could not find the origin of the word. A female student once asked the same question as I did and a smart alleck answered “ its rough baby that’s why is called rugby” . Yeah, that triggered, if you say fast enough of “rough baby” at the end it would sound “rugby”. Eureka! In actual rugby originated at a school called Rugby School in England during the 1800’s. Apparently when the boys were playing soccer, one of them decided to catch the ball with his hand and ran with it until the end of the goal post. There you have it, rugby was born.

Here in UniKL BMI, it was not known when rugby was actually being played or started. As far as I know, the rugby club was in existence when I started working here in 2003. Like other rugby clubs, our rugby club has its own name “Bumblebee”. It might not sound big or strong like UiTM “Intekma Lions”, UPM’s “Serdang Angels”or Uniten Thunder, but UniKL BMI Bumblebee has a reputation of its own with highly committed player striving to be at par with the BIG BOYS club.

In the upcoming 2010 UniKL Students Sports Carnival, our UniKL BMI Bumblebee has a mission to fulfill. Espirit de corp, good sportsmanship and training, Bumblebee could bring the gold for our Contingent.

Friday, July 15, 2011

Cinta Lebah


6 bulan pertama 2011 sudah pun berlalu…meninggalkan pelbagai kenangan untuk lebah. Tapi kenangan paling hebat ialah kenangan KSSU 11. Umpama cerita Hindustan..yang penuh segala macam watak dan perasaan...berserta dengan pokok2 sekali...(memandangkan semasa di UKM ..semua orang berteduh dibawah pokok).

Sepatah kata orang tua2..bukan senang nak dapat senang...macam2 perlu diharungi. Sejarah KSSU 2011 bukan mudah untuk dilupakan...sampai KSSU 12 di MSI kita bakal bercakap tentang KSSU 11. Walaubagaimanpun barang yang lepas usah dikenang...mari kita tumpukan kepada tournament2 lain yang perlu digembur.

Macam saya cakap...BUMBLEBEE bukan untuk bertapak dan meletak nama dalam KRS dan KSSU sahaja..perlu membuat tapak dimana sahaja agar BUMBLEBEE diketahui dalam circa ragbi Selangor dan eventually all over.

Tapi kali ini saya suka dengan nama2 team ragbi UniKL :

MERCURY, FALCON, STINGRAY, RHINO, RED DRAGONS dan entah apa2 lagi..semuanya melambangkan kampus masing-masing. Cuma saya agak musykil dengan MESTECH ..kenapa RHINO...owh... mungkin ada kene mengena ngan cool rhino kot...oopss..jangan marah mestech...

Kali ni Alumni BUMBLEBEE join team KSSU 11 training dan friendly..dan saya harap Alumni BUMBLEBEE untuk selalu jer join training kalau ada masa. ”Once a BEE always a BEE”...

Saya rasa ramai lagi ALUMNI BUMBLEBEE..cuma tidak berkesempatan sahaja, dan juga saya nak shout out kepada lebah yang seekor di Australia...

Minggu depan Sem 2 2011 akan bermula. Lebah2 in study akan kembali ke tanah British untuk menyambung perjuangan, so siapkan diri sebaik mungkin...dan dalam masa yang masa padang sentiasa menunggu kedatangan lebah untuk berfloating...di atas rumput2 yang sekarang ni agak hijau dan ceria...

Dan mungkin sem 2 2011 akan membawa pula bakal newbees untuk berfloating sama..cuma kali ni..kalau nak bagi lebah baru masuk...biarlah mereka yang nak join kerana passion pada ragbi bukan nak feeling tumpang jadi celebrity...dan lebah2 yang dah lama berehat harap kembali aktif semula..

Btw..BUMBLEBEES’ memang celebrity di BMI...saya pun pening...pening saya..lebah2 sendiri tau kenapa....

Itu saja untuk kali ini...kita tunggu apa yang bakal berlaku sem depan..insyaallah..

1 cheer for BUMBLEBEE.....BEEESSS!!!!


Monday, May 2, 2011

The Bee, the Moth and the Field




Nothing extraordinary happened on 30 April 2011 …

tidak ada apa yang istimewa pada RAMA melainkan…oohhh…lupa baju baru RAMA warna merah yang ada star di jersey dan seluar… dan baju super league dia orang pulak warna jersey dan stoking sebiji macam warna jersey dan stoking BMI. Hurmmm?...


Season KRS untuk BEES dah pun tamat dan tiada apa yang harus di ungkitkan atau disesali..semasa dalam grouping, kita maintain macam season lepas dalam top ranking, masuk semi..cuma agak terkilan semi kali ini Ijam tak dapat main, Abar pun tak ada, dan Wahid…aduhai Wahid..hampir jatuh jantung saya…kenapalah kamu redah Fiji yang dah macam kayu besi tu..terus concussion…tapi alhamdulillah semua BEES tak ada injuries yang teruk.

Sedikit analis peribadi..tiada banyak beza antara LEBAH dan RAMA. Masing2 ikut pattern play sendiri. Kekuatan adalah sama.. sepatah kata ref..BEES ada sedikit kekurangan dari segi experience dan law (mungkin) tetapi ada good line. RAMA pulak season lepas dengan season ini..kebanyakkan player mereka adalah lain belaka …ada seorang Fiji dan beberapa ex super leaguers mereka dan saya rasa mereka tak patut main dalam division 3, division 2 mungkin.

Saya tak nak ulas tentang perlawanan semi bukan kerana kita kalah sebab kalah menang adalah adat perlawanan. Apa yang harus kita ingat..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semasa semi.. mungkin BEES rasa dah buat yang terbaik tetapi sebenarnya tidak cukup baik, jadi kita perlu tengok balik dimana kesilapan, kelalaian supaya kita menjadi lebih baik.

Sekarang ini yang perlu di look forwardkan ialah MAS Close Invitation(May), KSSU 7(June) dan kalau ada rezeki kita pergi Taiping 10 (July), JJ (September), dan apa2 10 yang boleh kita pergi.

Kepada current and alumni – “Once a BEE, you are always a BEE”. Jom, kita semarakkan semangat LEBAH dan pastikan nama BUMBLEBEE to be made known in the rugby circle.

1 cheer for ………….BEEEEZZZZ!

Saturday, April 30, 2011

Tribute to Adesh

Kenangan KRS 2010

Kali ni ..saya dedicate posting blog saya untuk Adesh..

Ini versi nama glamer -

Always in the verge of killing the bees with his high level and killer fitness”

Dedicated coach to BUMBLEBEE with a great passion in rugby”

Encouraging mentor to BEE”

Supportive to each BEE and always making them as important as the other BEE”

Has always giving his best for BUMBLEBEE”

Ini versi nama betul -

Dedicated coach to BUMBLEBEE with a great passion in rugby”

Has a very great vision to bring BUMBLEBEE to a higher level of rugby”

Always in the verge of killing the bees with his high level and killer fitness”

Ready to be a friend and mentor to BEE”

Making sure that each BEE is always as important as the other BEE”

Always giving his best for BUMBLEBEE”

Saya kenal Adesh semasa saya menjadi Chef De Mission di KSSU 5 di MIMET tetapi sebelum itu memang saya dah dengar cerita dari BEES tentang dia. Daripada cerita-cerita yang saya dengar memang BEES amat menyanjungi Adesh. Pernah satu kali apabila saya bertanya dan jawapan yang diberi “Kami tidak boleh buat apa2 keputusan sehingga coach kami datang”. CDM pun kalah dengan jawapan yang sebegitu.

Itu pengorbanan yang pertama yang saya nampak – berada di Lumut pada hari bekerja dan memberi semangat kepada BEES.

Lanjutan pertemuan semasa season KRS 10 dan hinggalah semalam 30 April 2011 di padang rugby UiTM untuk season KRS 11- Pertemuan semi final BUMBLEBEE dengan BIB RAMA (sebenarnya bukan BIB RAMA tetapi KERIS CONLAY).

Setiap kali post mortem, saya belum pernah nampak Adesh menjerit atau memarahi player ..dalam kata lain he is not a sore loser – tetapi credibiliti dia sebagai coach harus BEES fahami dan hormati. Dimana-mana perlawanan atau pertemuan apa sahaja jenis permainan, nama coach akan di sebut dahulu. Banyak sifat-sifat Adesh yang saya kagumi. Pernah saya post dalam FB beritahu dia supaya dia lebih aggressive sebagai coach – (sebab panggil BEES turun training macam ajak kengkawan turun jer – rasanyer Syed (masa dia captain) dan Mag lagi ganas suruh turun training.) dia tidak reply tapi dia tunjuk aggressiveness dia dalam membimbing BUMBLEBEE.

Jadi kepada BEES, kalau kamu semua sayang dan hormat Adesh..next game atau tournament yang bakal kita masuk. Ingatlah kamu semua bukan sahaja membawa nama BUMBLEBEE iaitu kamu tetapi kamu bawa juga nama ADESH. Inilah penghormatan yang boleh BEES berikan pada Adesh di atas ilmu dan pergorbanan yang dia dah berikan.

Adesh, on behalf of BUMBLEBEE..I sincerely would like to apologize for not able to move forward as we what had hoped for – “the final” and would like to thanked you from the bottom of my heart for your sacrifice and personal committment in guiding BUMBLEBEE in KRS 11. Ini sahaja yang saya dan BEES mampu beri – UCAPAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH.

InysaAllah, with Adesh firm guidance BUMBLBEE will BUZZ with greater buzzing sound in KSSU 7 and other tournaments.

1 cheer for ……….ADESH!

Sunday, April 10, 2011

2 Ahad yang sungguh berbeza....


Kenapa boleh jadi 2 ahad yang berbeza walhal..cuma sedikit perubahan saja pada line up... persoalan yang bermain di fikiran saya ..MASIH TIDAK ADA KESERASIAN KE?

Ceritanya:

Semasa diBagan Lalang, memang terdapat perasaan cuak apabila bercakap tentang COUGARS terutama cerita yang mengatakan COUGARS mempunyai forward yang agak mantap, ada ex player itu dan ini!


Chronicles of 2 different Sundays

Isnin 28 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Selasa 29 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Rabu 30 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Khamis 31 Mac - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Jumaat 01 Apr - Padang penuh dengan Bees (full strength)
Sabtu 02 Apr - mmm..tak sure sebab captain senyap....

Ahad 03, April 2011 - Bertolak dari Gombak pukol 2.30 dan sampai di MAS Kargo pukol 4.
BEES datang dengan full strength..walaupun ada yang tahu besar kemungkinan tidak akan main tapi sokongan padu dari a UNITED BEES sungguh mengharukan.

BEES masuk kepadang dengan semangat setiakawan, energy level yang 100%, penuh passion, confidence level yang tinggi, physical fitness yang mantap..selama BEES main..belum pernah nampak communication yang cukup baik dari semua, terutamanya forward ( mana datangnya BOLA B***). Walaupun ada kesilapan technical..Alhamdullillah, Lebah dianugerahkan jalan mudah untuk menjatuhkan MOUNTAIN LION dengan sengatan2 berbisa..38-12. Dan yang lebih penting tidak terdapat physical injuries yang teruk pada lebah..walaupun boleh dikategorikan injury Lan dan Wahid agak teruk jugak. ALHAMDULILLAH kami menang dan lan, wahid dan yang injured masih boleh berjalan lagi..

Selepas perjumpaan dengan COUGARS, memang diharapkan agar BEES maintain momentum untuk memperkasakan kedudukan bila bertemu BANDITS nanti.

Isnin - 4 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Selasa - 5 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Rabu - 6 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Khamis - 7 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Jumaat - 8 April - Hujan petang - BEES boleh dikira
Sabtu - 9 April - Tak hujan - saya kira sebab berada di padang jugak - 17 orang.

Ahad, 10 April 2011 - Bertolak dari Gombak pukol 2.45 petang dan sampai UKM pukol 3.45 petang. Full strength jugak. Alhamdullillah..a UNITED BEE. Yang datang dengan kereta pun ada dan ramai jugak supporters BEES yang datang.

Pada pandangan mata saya, macam boleh makan jer BANDITS ni, adakah saya yang terlalu confident? Saya rasa perlu untuk menjadi confident sebab I trust my BEES yang memang boleh deliver. Pukul 5.15 ref blow. 5.15-5.30 first 15 minutes yang sungguh sengsara. Apa dah jadi BEES?. Kenapa serba tak kena...kenapa tiada kerjasama..mana dia pergi semangat LEBAH?.. mana dia pergi janji untuk bersatu semasa di Bagan Lalang? Mana momentum semasa di MAS Kargo? Mana silap ni..salah catur ke? Tak mungkin..sedikit je perubahan line up. Takut dengan BANDITS ke? Banyaknya soalan2 dalam fikiran saya. Kenapa main pattern BANDITS..mana pattern LEBAH? BANDITS dapat 1st try.. tapi tak dapat buat conversion.. Second 15 minutes..BEES dapat 1 try dan Mie telah mencuba dengan baik..no conversion.

Mula ref blow wisel..memang dah nampak ref agak bias..pada persepsi saya..ref memang tidak cekap...patutnya KRS harus menyediakan ref yang berwibawa, berkecuali dan tidak lupa juga fit yang boleh berada di tempat untuk memastikan team yang mana patut win the ball.

2nd half bermula dengan agak baik jugak..terdapat confidence dan pattern play dah mula berubah..dan BANDITS masih di pattern play yang sama tetapi BANDITS dapat try ke 2 dan again no conversion. Pada masa yang sama pertukaran2 player untuk menguatkan momentum pattern play pun berhasil, BEES dapat try ke 2. Dan Mie telah membuat conversion yang baik. ALHAMDULILLAH..

Abar lari..Abar lari...Abar...(serious rasa macam cerita Forest Gump pulak..sampai budak BANDITS yang kejar Abar pun tergelak..Abar berpusing-pusing-itu boleh masuk BEES candid moments)

Pada pandangan saya, BEES banyak peluang..always winning the ball dan boleh buat try lagi tetapi kita banyak melakukan kesilapan sendiri yang memberi peluang pada BANDITS. Walaupun kita melakukan kesilapan, tapi masih dapat bertahan. Pada minit ke 10 terakhir baru nampak kembali momentum MAS Kargo..setiakawan, confidence, passion- lambatnya nak sampai momentum.

Pada wisel blow yang akhir - BEES 12 - BANDITS 10. Kemenangan yang sangat tipis.

But as the sayings goes...whatever it is..who control the game..who?..who?..the important thing is
at the end the winning team.

Akhir cerita saya..KESERASIAN ITU MEMANG ADA...CUMA KEKADANG KITA KEHILANGANNYA SEBENTAR..SELAGI KITA BERNAMA MANUSIA..NOTHING IS PERFECT BUT SATISFACTION CAN BE GUARANTEED.

Rugby is PASSION..
Winning is GUTS
Glory is SELF SATISFACTION

"ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE: A UNITED BUMBLEBEE"


1 cheer........BEEEZZZ...

Thursday, March 31, 2011

Akhirnya.....

Pagi ni.. 4 April 2011..buka email nampak posting dari Jalak Lenteng yang memetik statement dari KRS :
""Dan dalam kategori Diamond 3, pasukan “veteran” MOR, Rama-rama Conlay, BMI Bumblebees dan HSKOB Ostrich menampakkan harapan untuk bersaingan merebut kejuaraan kategori ini. Walaupun di beri saingan sengit oleh UKM Bangi Bandits dan pasukan baru KD Pythons, namun mereka masih di beri status pasukan pilihan berdasarkan kepada pengalaman mengharungi Liga KRS dan di barisi oleh pemain-pemain yang berwibawa".

Sangat-sangat terharu dengan penyataan yang sebegitu..seperti kata abang jalak, kita baru tahun ke 2. Nasib baik abang jalak tak sambung dengan perkataan kegemaran dia.."kipidap".


Walaupun diberi penghargaan sebegini..kita tak harus berasa di atas kayangan ( biar saya sorang jer duduk di kayangan bersama sang dewa)..banyak lagi yang harus diperbaiki dan diperbetulkan dari pelbagai
perspective - technical, tactical, endurance, agility and mentality..

Ok..nak masuk meeting...nanti dalam meeting kalau rasa boring boring ..sambung posting..

Seperti yang saya cakap masa last posting kita jumpa selepas 3 April..so kata mesti dikota..

Jumpa lagi...


1 cheer for BEEZZZ!





Tuesday, March 29, 2011

BumbleBee Rugby Club

" A single female is responsible for the construction and production that happens withing the nest"

And that wo
uld be true>>>>that any group, team (especially when the team consist of all men) need a woman to manage.

" Bumblebee exist primarily in the Northern Hemisphere and are common in New Zealand"

And that would true>>>>> because of the All Blacks association - as most team members are fan of All Blacks(ye ke Mag?) including me.


" The word bumblebee derived from the middle english bombeln, a word which means to boom or to buzz referring to the humming sound produced by wing muscles of bumble"

And that would be true>>>>because we boom and we buzz and yes...we have muscles ( Jahar tolong tunjuk sikit)

"Bumblebee are also notably bulky in shape and often having with their hair being silky and soft. Many bumblebees have the distinctive black and yellow stripes"

And that would be true>>>>because the color of our jersey is yellow and black, and, since it's a total field jersey..it is soft and comfortable...

"Bumblebees are capable of stinging,and will do so in self-defence, because their stingers are not barbed (covered), they can sting multiple times"

And that would be true>>>>because we have proven that we sting...with many tries

"Bumblebees are social creatures"

And that would be true>>>>because we have many fans, friends and people wanting to be our friend..( i receive many request to join bumblebee group)

" Bumblebee in The Transformer Movie is often being the underdog"

And that would be true>>>>because we are the underdogs...but at the end we come out the leader of the pack..mcm bumblebee selamatkan Optimus Prime
( refer KRS 2010..hehehehe..true itu past glory tapi apa salahnyer bagi example)

"Bumblebee are benign and their presence should actually be welcomed"

And that would be true>>>>because we are good natured, kind, favorable and no harm (lebah semua baik2 belaka..nampak jer ganas..)

  • Semasa ice breaking diouting bagan lallang...tak dapat dipastikan macam mana boleh dapat nama Bumblebee.. tapi setelah buat research...barulah faham kenapa senior2 dulu memilih nama bumblebee...walaupun dulu tak nampak relevannya nama bumblebee..tapi sekarang amat jelas sekali...
Kehadiran Bumblebee dalam KRS 2010 telah memberi cabaran kepada team2 lain. Walaupun kita underdog tapi Bumblebee telah berjaya menduduki tempat teratas dalam kumpulan dan terus ke perlawanan akhir bertemu BIB rama; cuma kemenangan tidak berpihak kepada Bees..BIB menang tipis...

Kini Bumblebee muncul semula dalam KRS 2011 dan kini di Division 3. Bees telah melalui 4 perlawanan dengan 3 menang 1 kalah. Kalah pun kalah technical (itu persepsi saya..kalau nak dibandingkan dengan pihak lawan..tidaklah mereka sehebat mana)..tapi of courselah..kalau dah kalah tak kiralah technical ke..tactical ke..memang tidak boleh dipertikaikan keputusan referee.

Minggu depan 3 April..Bees akan bertemu Cougars..ermmm (kalau ikut definisi cougar ni spesis puma dan habitatnya adalah di pergunungan Amerika Utara dan di panggil mountain lion).

Singa jumpa Lebah...macam mana tu...nampaknya lebah harus menggunakan kekecilan tubuh badan untuk menjatuhkan singa..

Tak mengapa..kita tunggu 3 April dan tengok apa yang akan terjadi..mudah2an kemenangan berpihak kepada kita...

So, next posting saya selepas 3 April...

Jumpa lagi...1 cheer for BEEZZZ!!!



Friday, March 11, 2011

first time

first ever blog...
yeah!